Sunday, December 21, 2008

Trip to Jakarta & Bandung

11 Dis 2008 - Fly around 3pm ke Jakarta dari LCCT. Bermalam di Hotel Gren Alia Cikini.
12 Dis 2008 - Trip from Jakarta to Bandung lebih kurang 2 1/2 jam menaiki Avanza.
- Tiba di Bandung hampir jam 12.00pm, check in Hotel Kumala.
- Petang shopping di Cibaduyut tempat jual barangan kulit dan kerepek
13 Dis 2008 - Pagi shopping di Cihampelas tempat pusat menjual jeans. .
- Petang shopping di factory outlet di Jalan Riau.
14 Dis 2008 - Pagi check out hotel.
- Pagi shopping di Pasar Baru dan di factory outlet di Dago.
- Petang melawat kawah gunung berapi Tangkuban Perahu.
- Cancel booking hotel di Puncak.
- Check in semula di Hotel Kumala
15 Dis 2008 - Check out hotel Kumala dan bertolak ke Jakarta.
- Flight pulang ke Malaysia jam 12.30pm.

Senarai restoran makan tengahari dan malam di Bandung:-

1. Restoran Simpang Raya - masakan padang
2. Dapur Sangkuriang - masakan sunda.
3. Ayam Goreng Suharti

Trip pastinya lebih menarik sekiranya arrangement dilakukan lebih awal dan mengikut perancangan.

Antara gambar2 yang dapat diambil sepanjang trip ini.





Maka berakhirlah percutian hujung tahun 2008.
Adios.

Percutian di Tioman - part III

Hmmm..lambat sket nak update part III... :) cari mood tak jumpe..

29/8/2008 last day kami kat Tioman ni. Aku pulun main kat pantai dengan Firdaus depan bilik kami tu....sayangnye nak tinggalkan air laut yang sejuk dingin tu. Kami susuri pantai hingga ke hujung....seronok sangat sebab dapat pijak pantainye yang halus...coral pun tak byk sangat..so tak la sakit kaki ni. Selepas 2 jam lebih kami pun naik dah kemaskan barang2 nak balik. Sempat juga sewa motor and ronda2 kampung hingga sampai ke Marine Park sana sementara tunggu van yang nak bawa kami ke jeti tu sampai .


Setelah puas ronda2 dan ambil gambar buat kenang-kenangan, kami dibawa ke terminal jeti Kg Tekek untuk pulang ke tanah besar...heheh...rasa tak nak balik pun ada...sebab teringatkan pantainye yang cantik. Sepanjang dalam feri kami menikmati suasana pemandangan laut yang amat cantik di samping pemandangan kampung2 lain yang terdapat di Tioman ini. Sampai saje di jeti Tg.Gemok, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Mersing
dan bermalam di Johor Bharu. Selamat tinggal Tioman.
Jumpa lagi dilain masa....

Adios.

Sunday, September 21, 2008

Percutian di Tioman - part II

Pagi 28 Ogos pula – lepas solat subuh biasa la aku lena balik sementara tunggul jam 8. Bila dah bunyi alarm handphone, bingkas bangun sebab nak breakfast. Intai kat luar kejap, wahh tak sangka ada laut….hehehe….sambil bersiap-siap ala kadar…aku kejutkan 2 orang tu yang masih tido lagi…saje pasang tv kuat2 biar bising sket. Sementara aku siap2kan apa barang2 yang nak dibawa bersama…ke mana ? kami akan menaiki bot laju ke pulau2 kecik berhampiran bersama abang reggae jaga laut… Harga satu pakej trip ini adalah RM70 dari pukul 10 hingglah 4 petang.

Walaubagaimanapun, aku dah agak kalau nak pegi naik bot ni sure basah semua barang. Tapi dah husband sibuk suruh bawak baju lebih…hmm aku ikutkan je la..sbb memang pun nak bawak juga kamera untuk ambik gambar2 kenangan kan. Setelah selesai bersiap, kemudian kami pun menuju ke tempat makan.

Sambil melangkah 10 ke 12 tapak ke tempat makan, sempat lagi main sepak pasir2 pantai tu. Masa tu nampak sepasang mat and minah salleh tengah sibuk bertanya tuan kedai macamama nak login internet. Tiada pelanggan lain. Hmmm memang relax sbb orang tak ramai…maklumlah bukan peak season. Kami pun orderlah roti bakar, telur hancur , mentega, jem, milo panas n suam…. sambil makan sambil menyaksikan keindahan laut dan alam sekitar yang rata2nya masih nampak natural. Betullah orang kata tioman ni masih lagi asli…dan tak banyak pembangunan lagi macam langkawi tu.

Tokey chalet dtg pada kami memberitahu yg bot akan dtg ke tepi pantai berhampiran bilik kami saje utk ke destinasi seterusnya dlm pukul 10. So lepas makan tu, sempat juga lah kami keluar masuk keluar masuk bilik sementara tunggu bot tu dtg. Ada je bot yg lalu kami mengharap ianya berhenti tapi tak juga. Dah nak terlelap la juga menunggu…maklumlah perut kenyang dan disuruh menununggu pulak. Daus je yang tak reti nak lelap sebab sibuk main pistol air dia tu….habis basah laman bilik kami.

Akhirnya sampai juga bot yang kami tunggu…hmm camner nak naik ni….aku cuak jugak…sbb bawak budak kecik kan. Kelihatan dlm bot sepasang mat & minah salleh dari Holland, dan 3 pasangan pelancong berbangsa melayu lain telah pun siap memakai jaket keselamatan. Sambil dibantu oleh tukang bawak bot tu kami mengambil tempat masing2. Kami duduk agak terkebelakang juga sbb tak nak la kacau orang yang dah sedia duduk walaupun mat salleh tu pelawa kami masuk ke dalam sket sbb budak. And aku tak terpikir yang tempias air laut memang kuat bila bot dah bergerak nanti. Bila dah mula bergerak dan bot dipandu laju, apalagi tempias air laut membuatkan kami basah kuyup. Yang paling kesian firdaus la….sampai dia tersenyap and terduduk. Sampai di muntah pun aku tak perasan. Kesian sangat kat dia.

Setelah hampir ½ jam bot kecik kami melawan arus lautan menuju ke tepian pantai berhampiran, kami diturunkan di situ untuk mandi dan bersnorkeling di tepi pantai. Masa tu ombak laut memang begelora, bot kami terhuyung hayang.














Masa kami sampai situ tiada seorang pun manusia ada di situ kecuali pkok2 hutan dan batuan. Lama juga kami di situ…barulah nampak 2 bot lain juga singgah berhenti sama. Sampaikan ada seorang daripada kami terkehel tulang bahunye akibat syok sangat berenang…mulalah gabrah girlfrennye, tapi dengan bantuan tukang bot tu dia dah pulih semula. Tak lupa pasal firdaus yang dah mula nampak ok dan lebih yakin.


Setelah hampir ½ jam di situ, kami dibawa pula menuju ke Coral Island. Salah satu tempat yang harus dikunjungi semua pelancong. Kami dibenarkan turun bersnorkeling di situ. Memang cantik kawasan kat situ. Cuma aku dan husband belum bersedia untuk join sama yg turun tu…sebab pening2 lalat akibat terhuyung hayang tu masih ada lagi. Bila bot berhenti, lagi teruk rasa mualnye. Aku cuba pujuk firdaus yang macam dah pucat kecut kesejukan. Tenangkan dia dengan cara mintak dia tengok ikan2 yang berwarna-warni berenang berhampiran kami…memang cantik..its wonderful !..keajaiban tuhan Subhanallah. Ikan tu timbul sbb mat salleh dlm bot kami bg ikan2 tu makan roti. So kami pun tumpang sekali happy. Nampak firdaus dah mula ok dan nampak ceria. Lama juga kami berhenti di situ. Sambil snap lah beberapa gambar buat kenangan.

Kemudian bot kami bergerak lagi menuju ke Malang Rock. Entah apa sebab namanya begitu aku pun tak pasti sbb bila tanya driver bot, dia jawab secara loyar buruk pulak. Hmm…apa diaroang ni tak di’educate’ ke pasal tempat2 kat tioman ni masa bawak pelancong bersiar2 di sini. Aku rasa lah, perkara ini harus diberi perhatian oleh bahagian pelancongan demi menjaga imej tioman di mata dunia. Bagi aku mereka lah duta kecil tioman. Walaupun badan hitam legam dek panas matahari sebab bawak bot, jangan lah semata2 bawak bot tu aje….kenela juga tahu sejarah dan cerita2 di sebalik sesuatu tempat tersebut especially di tempat pelancongan tumpuan ramai sebegini.

Di sini kami dibenarkan lagi turun untuk aktiviti bersnorkeling untuk menyaksikan keindahan dasar laut yang dipenuhi pelbagai batu karang dan hidupan laut lain. Kali ini aku tak lepaskan peluang lagi pun dah timbul sikit keberanian aku berada di tengah lautan tu. Timbul rasa cemburu bila tengok budak2 muda tu turun selamba je dengan alat snorkeling masing. Bila aku kata nak turun je, semua budak pompuan lain pakat nak turun juga…hmm…bagus juga ramai2 tak lah rasa takut sangat. Alangkah cantiknya keindahan dalam lautan. Baru aku tau erti snorkeling kat laut dalam yang sebenarnya…hehehe. Sambil pegang kaki tangga pasang siap bot tu aku menyelam dan bersnorkeling lah kat situ. Takut juga terlepas tangga bot tu walaupun sebenarnya badan kita boleh terapung sebab dah pakai jaket keselamatan tu. Cuma aku masih kurang yakin lagi takut2 la jaket aku bocor ke…mana tau. Bila dah mneyelam tu….waaa nampak dasar teruss..hm,,tak berapa dalam rupenye…lebih kurang 3 kali tinggi lelaki biasa….nampakla coral bertaburan di dasar dan hidupan serta tumbuhan laut yang mengagumkan. Ikan pelbagai warna berenang sekitar badan dan muka aku. Tu gara2 mat salleh dan anak aku mencampakkan roti buat makanan ikan. Saje la tu nak tengok aku dikerumuni ikan2 tu….

Destinasi seterusnya ke Kg.Salang untuk singgah makan.. Hmm boleh ke makan sedangkan kepala pun belum stabil lagi. Tepat sangkaan ku, tiada siapa antara kami yang boleh makan. Cuma minum dan makan aiskrim saje yang boleh. Kg.Salang tak lah berapa besar. Chalet dan resortnya terlalu rapat dan agak bersesak sedikit binaannya berbanding dengan chalet2 di tempat kami menginap di Kg.Tekek. Tapi di sinilah juga tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negeri. Kawasan kg ini juga tidaklah sebesar Kg.Tekek….yang mana di Tekek kami masih boleh bersiar2 menaiki motor untuk melihat kawasan perumahan berhampiran dan pelbagai jenis kedai serta beberapa bangunan jabatan milik kerajaan yang beroperasi di sana. Selesai merehatkan diri di Kg.Salang ni, kami diminta menaiki bot semula utk ke destinasi seterusnya iaitu Marine Park.



Di Marine Park, aktiviti yang sama kami lakukan. Tapi kali ni aku tak turun, Cukuplah sekali yang tadi sebab nak merasa punye pasal. Lagi pun di sini lautnye lebih dalam lagi. Jadi aku agak kurang yakin sedikit. Sebab memang tak nampak dasarnyer dari pandangan atas bot. Husband aku terpaksa lupakan niatnya utk bersnorkeling sebab dia hanya menunggu masa untuk keluarkan semua ‘khazanah’ perutnya akibat terhuyung-hayang tadi…bercakap pun dah tak boleh. Bukan dia seorang saja, tiga wanita lain juga turut muntah sama…..bagi ikan makan free. Marin Park adalah salah satu kawasan peliharaan ikan pelbagai warna yang lebih besar, yang terletak berhampiran Kg.Tekek. Kawasan ini sebenarnya boleh di masuki secara jalan darat dari Kg.Tekek sendiri.


Cuaca pun dah mula menyinsing petang. Kami dimaklumkan itulah tempat terakhir aktiviti bersnorkeling kami…gembira sangat mendengar berita tersebut kerana ada sebahagian antara kami dah tak sanggup lagi duduk dalam bot mabok tu….Akhirnya kami dibawa pulang menuju ke chalet masing2 bermula dengan chalet di Kg.Paya, resort di Berjaya, diikuti chalet di Barcuba dan terakhir sekali kami di Coral Reef.

Maka berakhirlah trip kami menaiki bot laju ke destinasi2 yang disebutkan tadi. Sesungguhnya ianya suatu pengalaman yang cukup bermakna dan berharga bagi kami bertiga disambil mengenali kawan baru. Walaupun berada dalam keletihan yang amat sangat, kami dapat rasakan kepuasan yang maksimum. Lewat petang tu kami lepak di bilik saje kerana kepenatan. Malam tu hanya husband aku yang keluar membeli makanan di gerai berhampiran dan tapau bawak balik.

Percutian kami belum berakhir, nantikan episode seterusnya….part III….yeahhh.

Monday, September 15, 2008

Kuih Raya 2008

Waahh puasa blom habis lagi...tapi dah fikir pasal kuih raya. Jangan tak tau aku dah tempah kuih raya dekat 300 hengget...ieee ngeri laa...tapi bukan byk pun kuantiti yang aku order...cuma harga kuih semua mark up ! fuhh.....menggigil nak bayar nanti. Kenapa la tak reti nak buat kuih sendiri ke...tapi aku memang tak penah bikin seniri. Paling aku gemar buat kek...coz simple and tak leceh....sekali bancuh..nah boleh letak dlm oven.. kalau masak terhangit pun takpe...aku suka part yang kerak2 tu...hehehe....



Tahun ni aku order tart, semperit, kek lapis sarawak, kepek bawang, kepek kari, popia bilis...tu dah cecah hampir 300...macam tak caya je. Walau aku tak buat kuih seniri tiap2 tahun, aku tetap gemar buat kek...contoh kek kurma - feveret tuhh....baru2 ni aku blajar bake kek coklat sarawak....haa..tau tak..dia tak guna pun sebarang coklat or koko....tp memang special kek ni sbb dia guna gula hitam dari sarawak. Adik ipar aku yang turunkan ilmu tu...maklumlah husbandnya asal sana. Selain tu, unsalted butter, horlicks n susu pekat....perrgghhhhh rasanyaa manis2 payau....erkk.....tapi aku rasa memang sedapp... :) kat bawah ni aku bagi resepinya....sesapa yang berminat nak cuba....sila..sila...





KEK COKLAT SARAWAK
Bahan :-

1 ketul Butter unsalted
1 mangkuk Gula (diblend halus)
9-10 biji Telur
1 tin kecil Susu pekat
11/2 pkt kecil Horlicks
1 botol Gula hitam Sarawak (Browning Sugar)
11/2 mangkuk Tepung gandum (diayak dengan bikarbornat)

Note: hendaklah gunakan mangkuk yang sama untuk menyukat gula dan tepung.

Cara :-

Pukul butter dan gula halus hingga kembang. Masukkan telur 3 biji pada setiap pukulan. Tambah susu pekat dan pukul lagi. Masukkan horlicks dan kacau. Tambah gula hitam sambil pukul sehingga ianya habis. Kemudian tambah tepung dan pukul lagi.

Lapik alumunium foil pada ruang tapak loyang. Sapu lebihan butter pada keliling dalam loyang dan atas foil. Kemudian tuangkan bancuhan tadi ke dalam loyang. Tutup loyang dengan foil supaya air kukus tidak menitik ke atas kek. Letak loyang dalam kukus dan kukus selama 21/2 jam.

Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu pada suhu bilik dan bolehlah dimakan. Boleh juga balut kek dengan alumunium foil dan letakkan dalam peti sejuk. Keluarkan setelah sejuk dan bolehlah dihidangkan.




Selamat mencuba !! sekali makan pasti nak lagi.....

Sunday, September 14, 2008

Cuti2 di Pulau Tioman - part I

Pada 27 Ogos lepas, bertolaklah aku, hasben and anak aku Daus ke Tioman. Melalui terminal Tg.Gemok kat Pahang nun ( dah hampir2 ngan Mersing pun), kami naik feri fast adventure. Pegi balik jumlah tiket saje dah RM140. hampir 1 jam setengah juga duduk dlm feri 2 tingkat tu. Nasib baik bukan waktu cuti sekolah. Kami saje pilih waktu bukan cuti sekolah sementara Daus sekolah main2 tu. Nanti dah skolah betul2 terpaksa gak kami bersesak-sesak ngan orang lain kalau nak bercuti kemana-mana.....Perjalanan agak relaks sket. Ada yang baring kat kerusi panjang kerana terlalu lapang...sbb semua berkerumun nak rebut duduk kat tingkat atas feri. Kami tak berpeluang sbb dah agak terkebelakang...lagipun dengan beg lagi payah nak demand2 sangat.

Sambil mata melihat keindahan alam dan lautan, bunyi feri meredah lautan bising gak la telinga...tapi aku tetap lelap juga seketika sambil Daus tak henti2 main lompat2 tempat duduk kat dlm feri tu....mentang2 la tak ramai orang, semua tempat duduk dia yg punye ! bila dah letih, game henpon ayah dia yg jadi mangsa sampai low bateri. Memang dah prepare awal2 siap bawak charger henpon gara2 hobi terbaru anak aku yg seorang ni.

Kami sampai di Kg.Tekek around pukul 3 pm. Memang kami tak tau nak pilih kampung mana yg paling best. Ada member rekomen Kg.Salang, ada yang rekemen Tekek. Finally kat Tekek lah kami tersadai. Dari jeti kami dibawa naik van yang macam nak terkopak dah dindingnye ke resort yg kami dah booking dari rumah lagi....alhamdulillah sampai juga kami dan menginap di chalet Coral Reef Holiday.

Hmmm...mula tu ingatkan macam resort or chalet yg cantik2 tuu...tp sangkaan meleset sekali. Ada couple nak honeymoon pun tak jadi dok situ. Tp bagi kami dah kira ok sebab as long segala kemudahan asas ada....plus breakfast for d next day, dah cukup. Memang terkejut gak resort kat Tioman macam tu...tp ok lah tuu. Resort tu antara yg pioneer bukak kat Tioman tahun 80an dulu. Bilik kami mengadap laut betul2....lari 6 7 langkah dah cecah air laut. Tapi kalau ada tsunami mlm tu selamat la kami.... nauzubillah.












Pemandangan memang cantik dengan pokok2 yang kadangkala tinggal kayu saje daun takde..pun menarik gak.... cuma aku yang tak berapa reti nak shoot from proper angle.....besides that byk buaian gantung2 sepanjang depan bilik2 resort kat situ....cuma boleh ke buaian tu tahan dengan berat badan aku ni ha.....hehhe....maka tak jd la aku nak berbuai kat situ...kot tercampak dlm laut satu hal la pulak tak tau berenang....

Bila masuk bilik....waaaaa country style...separuh dinding simen + batu2 sungai, n separuh lagi kayu bulat....agak pelik suasana biliknya.....memang style lam hutan abis....bilik air pun sama....










walaupun begitu ada gak channel astro, sbb mungkin kat situ payah sket nak dpt coverage tv biasa ni ha.....so canggih gak lah kan...wifi pun ada gak kat area restorannya....cuma tak terfikir nak bawak notebook kang tenggelam satu hal pulak.

Tak sia-sia kami stay kat sini, sbb kg ni agak panjang sket berbanding ngan perkampungan lain di Tioman. Boleh sewa motor bersiar2 sepanjang perkampungan ni. Di sini juga terletak Berjaya Beach Resort dan lapangan terbang bagi sesiapa yang menaiki flight untuk ke sini. Selain tu Marine Park
kat area ni juga. Boleh kata kalau naik motor tu boleh sampai la tempat2 tu..cuma nak pegi Berjaya tu agak naik bukit sket...which yang memang kami ada bad experience motor tak lepas nak naik bukit tu...ahakss...

So malam tu kami ronda2 ngan motor...lihat kedai2 runcit kiri kanan, ada yg duty free shop....ada yg jual dan sewa segala peralatan diving dan barang2 lain. Cuma kedai makan tu tak brp banyak. Sebagai muslim kene perati juga gerai makan halal ke tak. Lewat petang tu kami pekene nasi goreng telur mata lembu je sebgai lapik perut.....berselera makan sebab lapar. Walhal dah ada satu beg makanan jajan kepek kopok coklat air tin maggi yg aku tukang galasnye dari tanah besar ke sini...sbb ingatkan payah nak dapat kat sini. Malam kat sini sunyi betul....sbb kami pegi bukan masa peak season. Tapi mat n minah salleh ramai la meronda2 jalan kaki kat sekitar kawasan ni.

Mungkin diaorang stay kat chalet2 berhampiran. Malam tu kami bertiga tidor dengan nyenyak sekali dengan dibuai alunan ombak laut yang dah pasang....sebelum menyambung lagi aktiviti utama kami esok.
Nantikan episod seterusnye.....

Aku pun nak berblog.....

Sekarang ni ramai sangat yang dah ada blog.....zaman dah canggih. Then terlintas jugak kat hati aku nak ada blog seniri...macam orang lain. Ada beberapa blog orang yang aku sempat singgah dan nampak diaroang bebas luahkan apa yg nak dikata....macam luahan hati la kot. Sebenarnya aku rasa dengan menulis lebih byk idea dan pendapat yang kita boleh curahkan atas sekeping kertas.....tapi skarang type je kat komputer. Macam tulis diari....

Apa ye aku nak tulis buat permulaan. Apa aku nak cerita dan apa yang orang nak baca...nantilah aku fikir apa yang sesuai. Tiba2 rasa susah pulak nak keluar idea ni...hmmm macam ada dinding yang menghalang idea nak kluar....tak bismillah ke tadi....