Sunday, February 15, 2009

Tudung oh tudung....

Di sisi agama, pemakaian tudung kepala adalah wajib bagi setiap wanita yang telah akil baligh.

Selain wajib, ia boleh menambah seri seseorang wanita jika kena pada gayanya. Oleh itu ramai pengeluar-pengeluar tudung cuba mempelbagaikan jenis kain dan coraknya. Paling menarik ia disuai padan pula dengan ikatan serta lilitan bagi setiap jenis tudung tesebut. Ada jenis tudung yang langsung tidak memerlukan sebarang lilitan di mana tudung hanya perlu disarungkan di atas kepala sahaja.

Kebanyakan jenis tudung yang menjadi pilihan masa kini adalah jenis yang memiliki kepingan yang agak keras di atas kepala berhampiran dahi bagi membentuk 'awning' tudung. Oleh itu, bagi menambah jenis dan koleksi tudung untuk pembeli, jenama FAREEDA telah mengambil inisiatif menawarkan tudung jenis selendang panjang yang diperbuat dari kain chiffon dan dijahit awning di hujung satu bahagian selendang. Ia boleh didapati dalam pelbagai corak atau tanpa corak dan warna.




Dapatkan pelbagai corak tudung jenama FAREEDA di sini. Sila lihat sample di sini.



tunggu ye ada byk lagii.....


-Gambar ehsan leaflet FAREEDA-

Sunday, February 8, 2009

Minat memancing dan Aquaria KLCC

Aku tak tau memancing dan tak pernah memancing pun seumur hidup. Alih2 Firdaus minat memancing pula. Mungkin dia terpengaruh dengan paksu Bedal nye yang suka memancing. Kadang tu dia belek pancing tu bila tengok paksu dia bawak balik rumah. Mulai saat itulah, Daus berkali2 mintak aku belikan pancing untuk dia. Memang dah pernah belikan sebelom ini, tapi yang mainan punyer.....then baru2 ni pegi pasar malam, dia ternampak lagi pancing mainan siap dengan ikannye sekali. Dia mintak aku belikan lagi...aku tak berapa nak layan sebab dah pernah beli dan kalau nak cari semula memang aku kene la selongkar store dan raga mainan dia. Dan sampai hari ni dia masih tuntut...



Apa yang aku boleh buat ialah ajak dia pegi tengok ikan dan bagi makan ikan di entrance masuk Nusaputra kediaman kami di Puchong tu.


Ikannya memang gemok2 la sebab hari2 makan roti !


Oleh kerana dia minat dgn pancing dan ikan, hujung minggu lepas 31/1/09, kami bawak dia ke
Aquaria KLCC. Walau mahal, tapi kami tetap masuk kali ni...sebab dulu pernah sekali kami tak jadi masuk disebabkan caj masuk yang terlalu mahal. Dewasa RM28 dan kanak2 RM22. Tapi bila masuk dan lihat seniri, fahamlah kenapa dia caj agak mahal kerana highly maintenance. Mana lagi nak jaga ikan, nak cuci kolam, nak menten airnya yang bergelen2.


Memang berbaloi la masuk sbb boleh tengok ikan2 yang cantik....dan suasana dikelilingi air dan hidupan laut. Ada beberapa shot yang aku ambik, tp sebab kamera pun tak lah canggih mana, beberapa gambar agak kabur.




Adios.

BBQ @ CNY 2009

Ahad 25/1/09 kami bermalam di Pantai Indah Seaview Resort, Klang. Hmmm jangan tak sangka kat Klang ada pantai. Sesiapa yang belum pernah pergi ke sana, better pergi lah merasa sekali. Walau pantai tak boleh mandi, tapi byk lagi bende lain boleh dilakukan. Selain BBQ, mandi swimming pool adalah sebahagian daripada agenda percutian. Malam tu kami BBQ di tempat yang telah disediakan oleh pihak resort. Kene booking dulu sbb memang full house. Memang seronok berkumpul beramai2 bersama ahli keluarga. Walau mak dan abah tak berapa sihat disebabkan virus chikungunya, tapi buat2 sihat lah semata2 nak berkumpul bersama. Cuma pada awalnya mereka dikuarantin di dlm resort. Bila BBQ dah ready utk dimakan, baru kami jemput mereka turun...maklumlah VIP... :)

Kebetulan, berhampiran resort kami, terdapat karnival diadakan di Pantai Remis selama sebulan. Peluang itu kami rebut untuk mengisi masa yang ada pada hari yg ke-2. Sempatlah kami membeli kerang, menterang dan mengenali beberapa lagi jenis atau spesis hidupan laut yg dijual di situ di samping makanan2 lain. Malam tu kami BBQ lagi.....tapi dalam apartment saje. Kami dah siap2 bawak alat grill elektrik tu dan malam tu kami makan kerang rebus, kerang bakar, menterang rebus yang manis betul rasanya....dan juga saki baki BBQ mlm semalam yg dibakar semula...hmm lazatnye....siap cecah kuah satay buatan wife Tariq kawan si Bedal...hehe..not bad.

Sini saya kongsikan beberapa gambar yg telah diambil semasa BBQ mlm tu...
Next time boleh plan lagi....kalau betul2 plan....inilah hasilnyaa....enjoy besttt !!.










Bravooo delicious....