Sunday, March 15, 2009

Happy 5th birthday to FIRDAUS !!

10/3/2009
10 Mac datang lagi.....


happy birthday to you...
happy birthday to you....
happy birthday to Firdaus....
happy birthday to you....

(fuhhhh fuhhh )
(tu bunyi Daus tiup lilin masa kecik2 dulu..heheh)

umur awak brapa...
5 tahun laa...



* * * * *
To my beloved son
-Sheikh Alif Firdaus-

Ya Allah ya tuhanku
panjangkanlah umur Firdaus
sihatkanlah badannya,
jadikanlah dia seorang yang pandai dan berakal
alim dan beramal
baikkanlah akhlaknya
fasihkanlah lisannya
baguskanlah suaranya
untuk membaca al quran dan hadis
dengan keberkatan nabi Muhmamad s.a.w
dan segala puji bagi Allah tuhan semesta alam
amin
ya rabbal alamin.

-doa dari mama & ayah-






-just threw a simple celebration for DAUS-
....suasana di taska ketika menyambut harijadi firdaus yang ke 5...



Thanks to Cikgu Bibah selaku pengetua Pusat Perkembangan Minda Pelangi yang turut meraikan sambutan harijadi Daus dan juga kawan2 taska semua yang turut serta memeriahkan suasana.
Maaflah.. goodies pack tak cukup rupenye....alamak....lain kali Daus buat lebih yee... :)
p/s :hepi besday to Pak Ngah Asri juga...moga Cek Ngah & Pak Ngah cepat dapat baby...amin :)

kalau ada rezki lebih..kita celebrate kat rumah pulak ye Daus.... hehehe....


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *































































Jalan jalan ke utara.....

Cuti maulidur rasul baru2 ni kami ke utara pula. Dah lama benar tak pegi Penang. Kami ke sana hari sabtu 7/3 yang lepas. Tujuan bercuti adalah sempena meraikan besday Daus yg ke-5 tahun...hmm dah besar anak mama & ayah. Keadaan waktu tu hujan renyai2...kadang kala lebat. Macam biasa kami redah aje....on d way ke sana barulah kami call nak booking hotel. Jadi malam tu kami lena di Grand Continental Penang...bilik agak sempit tapi oklah sekadar nak melelapkan mata. Dalam jarak jalan kaki, kami merayau di sekitar kawasan hotel yang kedudukannya berhampiran dengan shopping kompleks Gama, Pacific di Komtar dan menjamu selera di kedai mamak berdekatan. Disebabkan hujan masih renyai2...kami nekad tinggal di bilik saje. Esok pagi macam biasa temankan Daus ke swimming pool sebelum jalan2 di Pantai Miami. Kami sekadar singgah beli cenderamata pelekat magnet fridge untuk buat kenangan sebelum bertolak ke tempat lain.

Destinasi kami seterusnya ialah ke Taiping...bukit larut kawasan paling lembap di Malaysia. Memang benar, dan kebetulan sekarang ni musim hujan, kawasan di situ tak penahnya kering sepanjang kami berada di situ. Hajat di hati nak check-in di Seri Malaysia, namun oleh kerana full house, kami ke The Kamalodge (http://www.journeymalaysia.com/citytaipingkamalodge.htm) di sekitar Bukit Larut, berhampiran penjara Taiping dan taman rekreasi Taiping serta sekolah sains taiping (skolah lama sheikh tu..). Tak sangka resort tu cool sangat dan jauh dari kesibukan kota dan lokasi yang strategik di kaki bukit maxwell, laksana berada di tanah tinggi. Selain ramai visitors, monkey pun banyak berkeliaran di kawasan berhampiran yang memberikan suatu hiburan kepada pengunjung di situ.



Malam tu kami ke Night Safari (Zoo Taiping) sebagai memenuhi janji pada Daus. Tak sangka ramainya pengunjung zoo malam. Kami terpaksa beratur panjang sehinggalah tiba tren yg ke-4 baru kami dapat naik untuk ronda2 kawasan sekitar zoo dan memerhati binatang yang aktif pada waktu malam. Tapi kalau nak dibandingkan dengan safari Melaka jauh bezanya kerana di Melaka lebih adventure kerana binatang berkeliaran berhampiran di sekeliling trak yang kita naiki, sedangkan di zoo Taiping, binatangnya berada di dalam kandang atau kawasan khas dan diperhatikan dari jarak jauh sahaja. Apa2pun yang penting Daus enjoyy.... :)





Esok hari pula kami ke Muzium Di Raja Perak yang berwarna kuning, yg pernah diduduki oleh Sultan Perak sementara menunggu istana utamanya siap. Keistimewaan istana lama ini adalah pada asalnya ianya tidak menggunakan sebarang paku. Terdapat beberapa bahagian yang telah diupgrade agar sesuai dikunjungi pengunjung seperti lantai marble dan kemudahan tandas awam di bahagian luar serta perigi yang telah di tutup. Ini adalah kunjungan kali ke-2 aku sebenarnya.









Kemudian kami ke Galeri Sultan Azlan Shah di mana menempatkan gambar2 baginda dan ahli keluarga baginda serta gambar2 baginda semasa penglibatan di dalam pelbagai acara....memang amat menarik sekali foto2 di dalamnye...terutama dpt mengenali ahli keluarga baginda. Sedang asyik dan leka melihat gambar2 tersebut, kami tak perasan lampu galeri dimatikan satu persatu...sehingga ada sebahagian dari kawasan galeri suram dan bergelap..tapi kami masih meneruskan pemerhatian....sehinggalah waktu menuruni anak tangga, kami terdengar bunyi pintu besar ditutup. Dengan segera aku menjerit tungguuuuuuuuuuuu !!! sambil berlari kepintu memberitahu pengawal keselamatan yg telah berada di luar pintu...hehe...Mujur kami tak terperangkap dalam galeri tersebut, kerana tidak perasan jam hampir 5 petang. Kalau tidak, mungkin kene telefon polis minta bantuan untuk keluar dari situ :):)



***************************************************************************************


































Kami akhiri perjalanan di Taiping ini di sini dan kembali semula ke Puchong !!