Destinasi kami seterusnya ialah ke Taiping...bukit larut kawasan paling lembap di Malaysia. Memang benar, dan kebetulan sekarang ni musim hujan, kawasan di situ tak penahnya kering sepanjang kami berada di situ. Hajat di hati nak check-in di Seri Malaysia, namun oleh kerana full house, kami ke The Kamalodge (http://www.journeymalaysia.com/citytaipingkamalodge.htm) di sekitar Bukit Larut, berhampiran penjara Taiping dan taman rekreasi Taiping serta sekolah sains taiping (skolah lama sheikh tu..). Tak sangka resort tu cool sangat dan jauh dari kesibukan kota dan lokasi yang strategik di kaki bukit maxwell, laksana berada di tanah tinggi. Selain ramai visitors, monkey pun banyak berkeliaran di kawasan berhampiran yang memberikan suatu hiburan kepada pengunjung di situ.
Malam tu kami ke Night Safari (Zoo Taiping) sebagai memenuhi janji pada Daus. Tak sangka ramainya pengunjung zoo malam. Kami terpaksa beratur panjang sehinggalah tiba tren yg ke-4 baru kami dapat naik untuk ronda2 kawasan sekitar zoo dan memerhati binatang yang aktif pada waktu malam. Tapi kalau nak dibandingkan dengan safari Melaka jauh bezanya kerana di Melaka lebih adventure kerana binatang berkeliaran berhampiran di sekeliling trak yang kita naiki, sedangkan di zoo Taiping, binatangnya berada di dalam kandang atau kawasan khas dan diperhatikan dari jarak jauh sahaja. Apa2pun yang penting Daus enjoyy.... :)
Esok hari pula kami ke Muzium Di Raja Perak yang berwarna kuning, yg pernah diduduki oleh Sultan Perak sementara menunggu istana utamanya siap. Keistimewaan istana lama ini adalah pada asalnya ianya tidak menggunakan sebarang paku. Terdapat beberapa bahagian yang telah diupgrade agar sesuai dikunjungi pengunjung seperti lantai marble dan kemudahan tandas awam di bahagian luar serta perigi yang telah di tutup. Ini adalah kunjungan kali ke-2 aku sebenarnya.
Kemudian kami ke Galeri Sultan Azlan Shah di mana menempatkan gambar2 baginda dan ahli keluarga baginda serta gambar2 baginda semasa penglibatan di dalam pelbagai acara....memang amat menarik sekali foto2 di dalamnye...terutama dpt mengenali ahli keluarga baginda. Sedang asyik dan leka melihat gambar2 tersebut, kami tak perasan lampu galeri dimatikan satu persatu...sehingga ada sebahagian dari kawasan galeri suram dan bergelap..tapi kami masih meneruskan pemerhatian....sehinggalah waktu menuruni anak tangga, kami terdengar bunyi pintu besar ditutup. Dengan segera aku menjerit tungguuuuuuuuuuuu !!! sambil berlari kepintu memberitahu pengawal keselamatan yg telah berada di luar pintu...hehe...Mujur kami tak terperangkap dalam galeri tersebut, kerana tidak perasan jam hampir 5 petang. Kalau tidak, mungkin kene telefon polis minta bantuan untuk keluar dari situ :):)
***************************************************************************************
Kami akhiri perjalanan di Taiping ini di sini dan kembali semula ke Puchong !!
No comments:
Post a Comment