Sunday, February 8, 2009

Minat memancing dan Aquaria KLCC

Aku tak tau memancing dan tak pernah memancing pun seumur hidup. Alih2 Firdaus minat memancing pula. Mungkin dia terpengaruh dengan paksu Bedal nye yang suka memancing. Kadang tu dia belek pancing tu bila tengok paksu dia bawak balik rumah. Mulai saat itulah, Daus berkali2 mintak aku belikan pancing untuk dia. Memang dah pernah belikan sebelom ini, tapi yang mainan punyer.....then baru2 ni pegi pasar malam, dia ternampak lagi pancing mainan siap dengan ikannye sekali. Dia mintak aku belikan lagi...aku tak berapa nak layan sebab dah pernah beli dan kalau nak cari semula memang aku kene la selongkar store dan raga mainan dia. Dan sampai hari ni dia masih tuntut...



Apa yang aku boleh buat ialah ajak dia pegi tengok ikan dan bagi makan ikan di entrance masuk Nusaputra kediaman kami di Puchong tu.


Ikannya memang gemok2 la sebab hari2 makan roti !


Oleh kerana dia minat dgn pancing dan ikan, hujung minggu lepas 31/1/09, kami bawak dia ke
Aquaria KLCC. Walau mahal, tapi kami tetap masuk kali ni...sebab dulu pernah sekali kami tak jadi masuk disebabkan caj masuk yang terlalu mahal. Dewasa RM28 dan kanak2 RM22. Tapi bila masuk dan lihat seniri, fahamlah kenapa dia caj agak mahal kerana highly maintenance. Mana lagi nak jaga ikan, nak cuci kolam, nak menten airnya yang bergelen2.


Memang berbaloi la masuk sbb boleh tengok ikan2 yang cantik....dan suasana dikelilingi air dan hidupan laut. Ada beberapa shot yang aku ambik, tp sebab kamera pun tak lah canggih mana, beberapa gambar agak kabur.




Adios.

1 comment:

Qey Dora said...

ajak daus datang COE hana. kan banyak "aquariums". pagi2 isnin sure penuh dgn org2 yg semangat meeting. neheheheh..