Walaubagaimanapun, aku dah agak kalau nak pegi naik bot ni sure basah semua barang. Tapi dah husband sibuk suruh bawak baju lebih…hmm aku ikutkan je la..sbb memang pun nak bawak juga kamera untuk ambik gambar2 kenangan kan. Setelah selesai bersiap, kemudian kami pun menuju ke tempat makan.
Sambil melangkah 10 ke 12 tapak ke tempat makan, sempat lagi main sepak pasir2 pantai tu. Masa tu nampak sepasang mat and minah salleh tengah sibuk bertanya tuan kedai macamama nak login internet. Tiada pelanggan lain. Hmmm memang relax sbb orang tak ramai…maklumlah bukan peak season. Kami pun orderlah roti bakar, telur hancur , mentega, jem, milo panas n suam…. sambil makan sambil menyaksikan keindahan laut dan alam sekitar yang rata2nya masih nampak natural. Betullah orang kata tioman ni masih lagi asli…dan tak banyak pembangunan lagi macam langkawi tu.
Tokey chalet dtg pada kami memberitahu yg bot akan dtg ke tepi pantai berhampiran bilik kami saje utk ke destinasi seterusnya dlm pukul 10. So lepas makan tu, sempat juga lah kami keluar masuk keluar masuk bilik sementara tunggu bot tu dtg. Ada je bot yg lalu kami mengharap ianya berhenti tapi tak juga. Dah nak terlelap la juga menunggu…maklumlah perut kenyang dan disuruh menununggu pulak. Daus je yang tak reti nak lelap sebab sibuk main pistol air dia tu….habis basah laman bilik kami.
Akhirnya sampai juga bot yang kami tunggu…hmm camner nak naik ni….aku cuak jugak…sbb bawak budak kecik kan. Kelihatan dlm bot sepasang mat & minah salleh dari Holland, dan 3 pasangan pelancong berbangsa melayu lain telah pun siap memakai jaket keselamatan.
Setelah hampir ½ jam bot kecik kami melawan arus lautan menuju ke tepian pantai berhampiran, kami diturunkan di situ untuk mandi dan bersnorkeling di tepi pantai.
Masa kami sampai situ tiada seorang pun manusia ada di situ kecuali pkok2 hutan dan batuan. Lama juga kami di situ…barulah nampak 2 bot lain juga singgah berhenti sama. Sampaikan ada seorang daripada kami terkehel tulang bahunye akibat syok sangat berenang…mulalah gabrah girlfrennye, tapi dengan bantuan tukang bot tu dia dah pulih semula. Tak lupa pasal firdaus yang dah mula nampak ok dan lebih yakin.
Setelah hampir ½ jam di situ, kami dibawa pula menuju ke Coral Island. Salah satu tempat yang harus dikunjungi semua pelancong. Kami dibenarkan turun bersnorkeling di situ. Memang cantik kawasan kat situ. Cuma aku dan husband belum bersedia untuk join sama yg turun tu…sebab pening2 lalat akibat terhuyung hayang tu masih ada lagi. Bila bot berhenti, lagi teruk rasa mualnye. Aku cuba pujuk firdaus yang macam dah pucat kecut kesejukan. Tenangkan dia dengan cara mintak dia tengok ikan2 yang berwarna-warni berenang berhampiran kami…memang cantik..its wonderful !..keajaiban tuhan Subhanallah. Ikan tu timbul sbb mat salleh dlm bot kami bg ikan2 tu makan roti. So kami pun tumpang sekali happy. Nampak firdaus dah mula ok dan nampak ceria. Lama juga kami berhenti di situ. Sambil snap lah beberapa gambar buat kenangan.
Kemudian bot kami bergerak lagi menuju ke Malang Rock.
Di sini kami dibenarkan lagi turun untuk aktiviti bersnorkeling untuk menyaksikan keindahan dasar laut yang dipenuhi pelbagai batu karang dan hidupan laut lain. Kali ini aku tak lepaskan peluang lagi pun dah timbul sikit keberanian aku berada di tengah lautan tu. Timbul rasa cemburu bila tengok budak2 muda tu turun selamba je dengan alat snorkeling masing. Bila aku kata nak turun je, semua budak pompuan lain pakat nak turun juga…hmm…bagus juga ramai2 tak lah rasa takut sangat. Alangkah cantiknya keindahan dalam lautan. Baru aku tau erti snorkeling kat laut dalam yang sebenarnya…hehehe. Sambil pegang kaki tangga pasang siap bot tu aku menyelam dan bersnorkeling lah kat situ.
Destinasi seterusnya ke Kg.Salang untuk singgah makan.. Hmm boleh ke makan sedangkan kepala pun belum stabil lagi. Tepat sangkaan ku, tiada siapa antara kami yang boleh makan. Cuma minum dan makan aiskrim saje yang boleh. Kg.Salang tak lah berapa besar.
Di Marine Park, aktiviti yang sama kami lakukan. Tapi kali ni aku tak turun, Cukuplah sekali yang tadi sebab nak merasa punye pasal. Lagi pun di sini lautnye lebih dalam lagi. Jadi aku agak kurang yakin sedikit. Sebab memang tak nampak dasarnyer dari pandangan atas bot. Husband aku terpaksa lupakan niatnya utk bersnorkeling sebab dia hanya menunggu masa untuk keluarkan semua ‘khazanah’ perutnya akibat terhuyung-hayang tadi…bercakap pun dah tak boleh.
Cuaca pun dah mula menyinsing petang. Kami dimaklumkan itulah tempat terakhir aktiviti bersnorkeling kami…gembira sangat mendengar berita tersebut kerana ada sebahagian antara kami dah tak sanggup lagi duduk dalam bot mabok tu….Akhirnya kami dibawa pulang menuju ke chalet masing2 bermula dengan chalet di Kg.Paya, resort di Berjaya, diikuti chalet di Barcuba dan terakhir sekali kami di Coral Reef.
Maka berakhirlah trip kami menaiki bot laju ke destinasi2 yang disebutkan tadi. Sesungguhnya ianya suatu pengalaman yang cukup bermakna dan berharga bagi kami bertiga disambil mengenali kawan baru. Walaupun berada dalam keletihan yang amat sangat, kami dapat rasakan kepuasan yang maksimum. Lewat petang tu kami lepak di bilik saje kerana kepenatan. Malam tu hanya husband aku yang keluar membeli makanan di gerai berhampiran dan tapau bawak balik.
Percutian kami belum berakhir, nantikan episode seterusnya….part III….yeahhh.
2 comments:
pehhh ...bestnya cuti cuti malaysia .......
aku cuti cuti malaysia kat morib je :(
wah...syoknye yong....nanti leh la pegi same². tapi ...kene berkeluarga la dulu...
wah...lepas nie destinasi mane agaknye. Percutian yang penuh kebahagiaan....
Post a Comment