Pagi 28 Ogos pula – lepas solat subuh biasa la aku lena balik sementara tunggul jam 8. Bila dah bunyi alarm handphone, bingkas bangun sebab nak breakfast. Intai kat luar kejap, wahh tak sangka ada laut….hehehe….sambil bersiap-siap ala kadar…aku kejutkan 2 orang tu yang masih tido lagi…saje pasang tv kuat2 biar bising sket. Sementara aku siap2kan apa barang2 yang nak dibawa bersama…ke mana ? kami akan menaiki bot laju ke pulau2 kecik berhampiran bersama abang reggae jaga laut… Harga satu pakej trip ini adalah RM70 dari pukul 10 hingglah 4 petang.
Walaubagaimanapun, aku dah agak kalau nak pegi naik bot ni sure basah semua barang. Tapi dah husband sibuk suruh bawak baju lebih…hmm aku ikutkan je la..sbb memang pun nak bawak juga kamera untuk ambik gambar2 kenangan kan. Setelah selesai bersiap, kemudian kami pun menuju ke tempat makan.
Sambil melangkah 10 ke 12 tapak ke tempat makan, sempat lagi main sepak pasir2 pantai tu. Masa tu nampak sepasang mat and minah salleh tengah sibuk bertanya tuan kedai macamama nak login internet. Tiada pelanggan lain. Hmmm memang relax sbb orang tak ramai…maklumlah bukan peak season. Kami pun orderlah roti bakar, telur hancur , mentega, jem, milo panas n suam…. sambil makan sambil menyaksikan keindahan laut dan alam sekitar yang rata2nya masih nampak natural. Betullah orang kata tioman ni masih lagi asli…dan tak banyak pembangunan lagi macam langkawi tu.
Tokey chalet dtg pada kami memberitahu yg bot akan dtg ke tepi pantai berhampiran bilik kami saje utk ke destinasi seterusnya dlm pukul 10. So lepas makan tu, sempat juga lah kami keluar masuk keluar masuk bilik sementara tunggu bot tu dtg. Ada je bot yg lalu kami mengharap ianya berhenti tapi tak juga. Dah nak terlelap la juga menunggu…maklumlah perut kenyang dan disuruh menununggu pulak. Daus je yang tak reti nak lelap sebab sibuk main pistol air dia tu….habis basah laman bilik kami.
Akhirnya sampai juga bot yang kami tunggu…hmm camner nak naik ni….aku cuak jugak…sbb bawak budak kecik kan. Kelihatan dlm bot sepasang mat & minah salleh dari Holland, dan 3 pasangan pelancong berbangsa melayu lain telah pun siap memakai jaket keselamatan. Sambil dibantu oleh tukang bawak bot tu kami mengambil tempat masing2. Kami duduk agak terkebelakang juga sbb tak nak la kacau orang yang dah sedia duduk walaupun mat salleh tu pelawa kami masuk ke dalam sket sbb budak. And aku tak terpikir yang tempias air laut memang kuat bila bot dah bergerak nanti. Bila dah mula bergerak dan bot dipandu laju, apalagi tempias air laut membuatkan kami basah kuyup. Yang paling kesian firdaus la….sampai dia tersenyap and terduduk. Sampai di muntah pun aku tak perasan. Kesian sangat kat dia.
Setelah hampir ½ jam bot kecik kami melawan arus lautan menuju ke tepian pantai berhampiran, kami diturunkan di situ untuk mandi dan bersnorkeling di tepi pantai. Masa tu ombak laut memang begelora, bot kami terhuyung hayang.

Masa kami sampai situ tiada seorang pun manusia ada di situ kecuali pkok2 hutan dan batuan. Lama juga kami di situ…barulah nampak 2 bot lain juga singgah berhenti sama. Sampaikan ada seorang daripada kami terkehel tulang bahunye akibat syok sangat berenang…mulalah gabrah girlfrennye, tapi dengan bantuan tukang bot tu dia dah pulih semula. Tak lupa pasal firdaus yang dah mula nampak ok dan lebih yakin.
Setelah hampir ½ jam di situ, kami dibawa pula menuju ke Coral Island. Salah satu tempat yang harus dikunjungi semua pelancong. Kami dibenarkan turun bersnorkeling di situ. Memang cantik kawasan kat situ. Cuma aku dan husband belum bersedia untuk join sama yg turun tu…sebab pening2 lalat akibat terhuyung hayang tu masih ada lagi. Bila bot berhenti, lagi teruk rasa mualnye. Aku cuba pujuk firdaus yang macam dah pucat kecut kesejukan. Tenangkan dia dengan cara mintak dia tengok ikan2 yang berwarna-warni berenang berhampiran kami…memang cantik..its wonderful !..keajaiban tuhan Subhanallah. Ikan tu timbul sbb mat salleh dlm bot kami bg ikan2 tu makan roti. So kami pun tumpang sekali happy. Nampak firdaus dah mula ok dan nampak ceria. Lama juga kami berhenti di situ. Sambil snap lah beberapa gambar buat kenangan.
Kemudian bot kami bergerak lagi menuju ke Malang Rock. Entah apa sebab namanya begitu aku pun tak pasti sbb bila tanya driver bot, dia jawab secara loyar buruk pulak. Hmm…apa diaroang ni tak di’educate’ ke pasal tempat2 kat tioman ni masa bawak pelancong bersiar2 di sini. Aku rasa lah, perkara ini harus diberi perhatian oleh bahagian pelancongan demi menjaga imej tioman di mata dunia. Bagi aku mereka lah duta kecil tioman. Walaupun badan hitam legam dek panas matahari sebab bawak bot, jangan lah semata2 bawak bot tu aje….kenela juga tahu sejarah dan cerita2 di sebalik sesuatu tempat tersebut especially di tempat pelancongan tumpuan ramai sebegini.
Di sini kami dibenarkan lagi turun untuk aktiviti bersnorkeling untuk menyaksikan keindahan dasar laut yang dipenuhi pelbagai batu karang dan hidupan laut lain. Kali ini aku tak lepaskan peluang lagi pun dah timbul sikit keberanian aku berada di tengah lautan tu. Timbul rasa cemburu bila tengok budak2 muda tu turun selamba je dengan alat snorkeling masing. Bila aku kata nak turun je, semua budak pompuan lain pakat nak turun juga…hmm…bagus juga ramai2 tak lah rasa takut sangat. Alangkah cantiknya keindahan dalam lautan. Baru aku tau erti snorkeling kat laut dalam yang sebenarnya…hehehe. Sambil pegang kaki tangga pasang siap bot tu aku menyelam dan bersnorkeling lah kat situ. Takut juga terlepas tangga bot tu walaupun sebenarnya badan kita boleh terapung sebab dah pakai jaket keselamatan tu. Cuma aku masih kurang yakin lagi takut2 la jaket aku bocor ke…mana tau. Bila dah mneyelam tu….waaa nampak dasar teruss..hm,,tak berapa dalam rupenye…lebih kurang 3 kali tinggi lelaki biasa….nampakla coral bertaburan di dasar dan hidupan serta tumbuhan laut yang mengagumkan. Ikan pelbagai warna berenang sekitar badan dan muka aku. Tu gara2 mat salleh dan anak aku mencampakkan roti buat makanan ikan. Saje la tu nak tengok aku dikerumuni ikan2 tu….
Destinasi seterusnya ke Kg.Salang untuk singgah makan.. Hmm boleh ke makan sedangkan kepala pun belum stabil lagi. Tepat sangkaan ku, tiada siapa antara kami yang boleh makan. Cuma minum dan makan aiskrim saje yang boleh. Kg.Salang tak lah berapa besar. Chalet dan resortnya terlalu rapat dan agak bersesak sedikit binaannya berbanding dengan chalet2 di tempat kami menginap di Kg.Tekek. Tapi di sinilah juga tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negeri. Kawasan kg ini juga tidaklah sebesar Kg.Tekek….yang mana di Tekek kami masih boleh bersiar2 menaiki motor untuk melihat kawasan perumahan berhampiran dan pelbagai jenis kedai serta beberapa bangunan jabatan milik kerajaan yang beroperasi di sana. Selesai merehatkan diri di Kg.Salang ni, kami diminta menaiki bot semula utk ke destinasi seterusnya iaitu Marine Park.
Di Marine Park, aktiviti yang sama kami lakukan. Tapi kali ni aku tak turun, Cukuplah sekali yang tadi sebab nak merasa punye pasal. Lagi pun di sini lautnye lebih dalam lagi. Jadi aku agak kurang yakin sedikit. Sebab memang tak nampak dasarnyer dari pandangan atas bot. Husband aku terpaksa lupakan niatnya utk bersnorkeling sebab dia hanya menunggu masa untuk keluarkan semua ‘khazanah’ perutnya akibat terhuyung-hayang tadi…bercakap pun dah tak boleh. Bukan dia seorang saja, tiga wanita lain juga turut muntah sama…..bagi ikan makan free. Marin Park adalah salah satu kawasan peliharaan ikan pelbagai warna yang lebih besar, yang terletak berhampiran Kg.Tekek. Kawasan ini sebenarnya boleh di masuki secara jalan darat dari Kg.Tekek sendiri.
Cuaca pun dah mula menyinsing petang. Kami dimaklumkan itulah tempat terakhir aktiviti bersnorkeling kami…gembira sangat mendengar berita tersebut kerana ada sebahagian antara kami dah tak sanggup lagi duduk dalam bot mabok tu….Akhirnya kami dibawa pulang menuju ke chalet masing2 bermula dengan chalet di Kg.Paya, resort di Berjaya, diikuti chalet di Barcuba dan terakhir sekali kami di Coral Reef.
Maka berakhirlah trip kami menaiki bot laju ke destinasi2 yang disebutkan tadi. Sesungguhnya ianya suatu pengalaman yang cukup bermakna dan berharga bagi kami bertiga disambil mengenali kawan baru. Walaupun berada dalam keletihan yang amat sangat, kami dapat rasakan kepuasan yang maksimum. Lewat petang tu kami lepak di bilik saje kerana kepenatan. Malam tu hanya husband aku yang keluar membeli makanan di gerai berhampiran dan tapau bawak balik.
Percutian kami belum berakhir, nantikan episode seterusnya….part III….yeahhh.