Thursday, April 30, 2009

Pecah kaca pecah gelas...

Biasa kita dengar ungkapan kat atas...sebagai sambungannya..


"sudah baca harap balas."


-Kuah asam pedas ikan pari-



Saksikan gambar2 berikut yang aku sendiri macam tak percaya ia boleh berlaku. Ni sebagai peringatan kepada anda yg lain juga.....





















Serik rasa nak pakai barangan kaca....

Hairan...

Kitchen glass hob jenama Elba aku boleh pecah. Wonder why ? why ? why ? Tak dapat aku nak bayangkan kalau glass kaca kene kat aku hari tu. Nasib baik aku tengah berdiri jauh sket. Dengan rasa terkilan, terpaksalah aku buang semua ayam goreng dan masak asam pedas aku masak waktu tengahari. Tak berani pulak nak makan...takut ada kaca. Tapi aku betul2 tak sangka ianya boleh retak dan berderai pecah.......



Tahun lepas lagi dah ada problem....kene tutup gas bila dah selesai masak. Biasanya kita off je punat yg kat atas hob tu. Tapi kalau aku tak tutup gas, maka akan berbaulah satu rumah gas macam gas bocor pulak. Agaknya sebab lama sangat problem tu tak diselesaikan, eventually glass hob tu makin longgar glass texturenye kot dan tunggu masa je nak berderai.



Agaknya ada hikmahnye juga.... dapat beli dapur baru brand Shermenns with marble hob...biar mahal sket and nampak lebih hard quality ....dah serik pakai kaca....nasib baik la firdaus tak duduk kat dapur masa tu. Hopefully brand ni ok.

Thursday, April 23, 2009

TUDUNG EKIN HASLINMS

Tudung Ekin jenama HASLINMS
terdapat dalam pelbagai corak dan warna.
Diperbuat daripada kain yang berkualiti tinggi seperti
Jersy Lycra dan awningnya menggunakan kain jenis Thai Silk, Broked, Cotton dan Shantung.
Ianya dijual pada harga yang berpatutan setanding dengan
kualiti kain dan jahitannya yang kemas.
Hubungi :-
Hana : 019-2191426

Sila lihat contoh2 design seperti gambar di bawah :-
  • Design pendek dan berscallop
RM55 RM70
RM70

RM55 RM70
RM70

RM55


RM55

  • Design panjang menutup dada.
RM50 RM70
RM70 RM70 - Sold
RM70
RM55

RM55

Wednesday, April 15, 2009

Family Day Execution and Settlement CIMB @ PD

For the 2nd time, we had a family day again, tapi kali ni kat PD, bermalam di Sunshine Bay Resort apartment pada 11/4/09 baru2 ni. Gathering kali ni lebih ramai kerana melibatkan staff dari 2 dept execution and settlement. Ada la beberapa muka yang aku kenal sebab pernah jumpa di family day tahun lepas.



Walaupun hari hujan renyai2, kami masih tetap bersemangat dan gembira. Petang tu ada telematch di tepi pantai dan agak menarik juga game2 yang dianjurkan dari pukul 3.30pm hingga 5.30 ptg.






Ni apa punye game daaa....baring2 lak...





Gali dalam lagi bang...ada harta karun tuu....






Pelbagai aksi dan gaya menarik....






Aksi duduk mencangkong paling lama.....hehehe






Acara menimbang bola besar.....






Malam tu pula kami buat bbq di samping pelbagai acara lain seperti karaoke dan tukar2 hadiah. hehehe. Hmm...boleh tahan juga En.Sheikh kita nyanyi ye...
Aku pulak, sambil menyelam minum air, sempat juga aku buat jualan tudung ekin hasil jahitan Haslina...kawan ofisku. :):)

-End-