Esoknya baru kami bertolak semula ke Desaru. Suasana di sana meriah sungguh sebab kebetulan berlangsungnya Karnival GP Joran Memancing Berita Harian bermula 2/5 hingga 3/5. Memang kami rasa bertuah sangat dapat join sekali pesta tersebut yang mana kami rasa tak mungkin kami pegi kalau saja2.
Orang yang paling seronok sekali adalah Firdaus sebab dia memang minat dengan aktiviti memancing dan fishing rod tu. Oleh kerana minatnya yang mendalam, ayahnye pun belikan dia satu batang fishing rod yang paling murah yang dijual di tapak karnival di situ. Seronok bukan kepalang dia sepanjang hari pegang tak lepas bende tersebut.
Selepas itu, kami ke Tg.Balau, sebuah perkampungan kecil tempatan yang terdapat berhampiran Desaru. Di situ juga berlangsungnya karnival yang menarik ramai pengunjung berkunjung memeriahkan suasana. Kami berkesempatan melawat Muzium Nelayan yang terletak bersebelahan tapak karnival. Pelbagai maklumat dan gambar serta replika yang berkaitan aktiviti nelayan dan kehidupan nelayan dipamerkan di muzium tersebut. Sedikit sebanyak Firdaus dapat mengenali kehidupan dan aktiviti para nelayan di tepi laut.
Kemudian kami sempat juga menghubungi The Balau, sebuah resort yang terdapat di situ bagi tujuan bermalam.
Setelah selesai menguruskan penginapan, kami bergerak menuju ke Bandar Penawar, sebuah bandar yang terletak tidak berapa jauh dari Desaru dan Tg.Balau. Banyak terdapat bangunan2 kerajaan dan institusi pendidikan dibina di situ, selain daripada pelbagai kemudahan awam lain yang disediakan.
Kemudian kami berhajat untuk ke Batu Layar pula, namun disebabkan jaraknya kami rasakan terlalu jauh, kami nekad berpatah balik ke Tg.Balau dan kembali ke bilik yang telah dibooking. Malam itu kami makan malam di cafe tepi laut yang disediakan di resort tersebut. Kami agak terganggu sedikit dengan bunyi lagu yang dipasang agak kuat di ruang karaokenya. Nasib baik bilik kami agak jauh dari cafe, kalau tidak sure kami tak dapat lena.
Esok hari, awal pagi kami bersiap untuk check-out dan terus menuju ke Desaru semula untuk menyaksikan acara memancing di pantai pula. Kali ini kami dapat menyaksikan ramai peserta mengambil bahagian dalam acara memancing. Beberapa orang awam yang lain juga turut sama memancing secara suka2 di sepanjang pantai Desaru, termasuklah kami bertiga pemancing amatur.
Walau batang pancing Firdaus takde mata kail, gaya memancing mesti ada...heheheh.....Daus baling tali pancing ke laut, tapi ke belakang pulak perginya. Takpelah asalkan dia seronok dengan aktiviti yang menjadi minatnya kini. Dikelilingi oleh kaki2 pancing dari seluruh negara pulak tu, pasti menjadikan ianya pengalaman yang tak dapat dilupakan. Walaupun kami nampak seronok hari tu, tapi Allah saja yang tahu sakit kepala dan sakit kat pipi aku ni....mungkin sebab selsema agaknya.
Jam 11 pagi kami decide bertolak pulang. Sebelum itu, kami sempat menyaksikan acara tarik tali dan music chair yang disertai oleh pengunjung. Kemudian kami ke Kota Johor Lama, sebuah kota peninggalan sejarah sekitar tahun 1540an. Di sini masih terdapat perkampungan yang diduduki oleh penduduk tempatan. Di atas tapak istana lama, telah didirikan Pusat Informasi Kota Johor Lama yang kedudukannya berhampiran tepi laut. Beberapa maklumat sejarah dan artifak2 sejarah dipamerkan di sini. Kami sempat juga mengunjungi kesan kubu lama yang berada beberapa meter di hadapan tapak istana tersebut yang mana ianya menuju ke arah laut. Dahulu, ianya disambungkan terus ke jeti tepi laut.
Kemudian kami ke tempat penternakan buaya yang terletak beberapa km dari Kota Johor Lama. Namun memandangkan keadaan sebahagian tempatnya yang berada dalam pembinaan, kami membatalkan niat memasukinya, ditambah pula yuran masuknya yang terlalu mahal, RM8 dewasa dan RM4 kanak2, rasa tak berbaloi pula. Kami terus saja menuju ke hiway untuk kembali ke rumah. Malang sekali kami terperangkap lebih kurang 3 jam di hiway kerana kesesakan lalu lintas yang amat teruk. Dengan sakit kepala dan sakit pipi, ditambah pulak dengan sakit gigi, aku menunggu dengan penuh kesabaran. Kalau boleh aku nak angkat kereta dan terbang saje.
Finally, kami tiba di Puchong jam 9.30 malam. Sampai aje rumah terus aku capai dan telan pain killer. Penat duduk dalam kereta masih belum hilang lagi sehingga hari ini. Apapun, ianya sebuah perjalanan yang menyeronokkan untuk kami bertiga. Ada satu perkara lagi yang belum selesai, iaitu bawa Firdaus memancing ke kolam belakang kedai nursery Jojo di Puchong. Itulah perkara yang paling ditunggu olehnya kini dan dijanjikan oleh ayahnya. Ayahnya pun dah teruja semacam utk memancing sejak dah beli joran tu..dan ada hati nak join GP Joran tahun depan...hahahaha.....semoga menjadi la..
1 comment:
hohoho kak yong ana sonok jenjalan tak ajak pon.... jelesnya... hehehe...
http://killvearn.com
-azfar-
Post a Comment