Sunday, September 14, 2008

Cuti2 di Pulau Tioman - part I

Pada 27 Ogos lepas, bertolaklah aku, hasben and anak aku Daus ke Tioman. Melalui terminal Tg.Gemok kat Pahang nun ( dah hampir2 ngan Mersing pun), kami naik feri fast adventure. Pegi balik jumlah tiket saje dah RM140. hampir 1 jam setengah juga duduk dlm feri 2 tingkat tu. Nasib baik bukan waktu cuti sekolah. Kami saje pilih waktu bukan cuti sekolah sementara Daus sekolah main2 tu. Nanti dah skolah betul2 terpaksa gak kami bersesak-sesak ngan orang lain kalau nak bercuti kemana-mana.....Perjalanan agak relaks sket. Ada yang baring kat kerusi panjang kerana terlalu lapang...sbb semua berkerumun nak rebut duduk kat tingkat atas feri. Kami tak berpeluang sbb dah agak terkebelakang...lagipun dengan beg lagi payah nak demand2 sangat.

Sambil mata melihat keindahan alam dan lautan, bunyi feri meredah lautan bising gak la telinga...tapi aku tetap lelap juga seketika sambil Daus tak henti2 main lompat2 tempat duduk kat dlm feri tu....mentang2 la tak ramai orang, semua tempat duduk dia yg punye ! bila dah letih, game henpon ayah dia yg jadi mangsa sampai low bateri. Memang dah prepare awal2 siap bawak charger henpon gara2 hobi terbaru anak aku yg seorang ni.

Kami sampai di Kg.Tekek around pukul 3 pm. Memang kami tak tau nak pilih kampung mana yg paling best. Ada member rekomen Kg.Salang, ada yang rekemen Tekek. Finally kat Tekek lah kami tersadai. Dari jeti kami dibawa naik van yang macam nak terkopak dah dindingnye ke resort yg kami dah booking dari rumah lagi....alhamdulillah sampai juga kami dan menginap di chalet Coral Reef Holiday.

Hmmm...mula tu ingatkan macam resort or chalet yg cantik2 tuu...tp sangkaan meleset sekali. Ada couple nak honeymoon pun tak jadi dok situ. Tp bagi kami dah kira ok sebab as long segala kemudahan asas ada....plus breakfast for d next day, dah cukup. Memang terkejut gak resort kat Tioman macam tu...tp ok lah tuu. Resort tu antara yg pioneer bukak kat Tioman tahun 80an dulu. Bilik kami mengadap laut betul2....lari 6 7 langkah dah cecah air laut. Tapi kalau ada tsunami mlm tu selamat la kami.... nauzubillah.












Pemandangan memang cantik dengan pokok2 yang kadangkala tinggal kayu saje daun takde..pun menarik gak.... cuma aku yang tak berapa reti nak shoot from proper angle.....besides that byk buaian gantung2 sepanjang depan bilik2 resort kat situ....cuma boleh ke buaian tu tahan dengan berat badan aku ni ha.....hehhe....maka tak jd la aku nak berbuai kat situ...kot tercampak dlm laut satu hal la pulak tak tau berenang....

Bila masuk bilik....waaaaa country style...separuh dinding simen + batu2 sungai, n separuh lagi kayu bulat....agak pelik suasana biliknya.....memang style lam hutan abis....bilik air pun sama....










walaupun begitu ada gak channel astro, sbb mungkin kat situ payah sket nak dpt coverage tv biasa ni ha.....so canggih gak lah kan...wifi pun ada gak kat area restorannya....cuma tak terfikir nak bawak notebook kang tenggelam satu hal pulak.

Tak sia-sia kami stay kat sini, sbb kg ni agak panjang sket berbanding ngan perkampungan lain di Tioman. Boleh sewa motor bersiar2 sepanjang perkampungan ni. Di sini juga terletak Berjaya Beach Resort dan lapangan terbang bagi sesiapa yang menaiki flight untuk ke sini. Selain tu Marine Park
kat area ni juga. Boleh kata kalau naik motor tu boleh sampai la tempat2 tu..cuma nak pegi Berjaya tu agak naik bukit sket...which yang memang kami ada bad experience motor tak lepas nak naik bukit tu...ahakss...

So malam tu kami ronda2 ngan motor...lihat kedai2 runcit kiri kanan, ada yg duty free shop....ada yg jual dan sewa segala peralatan diving dan barang2 lain. Cuma kedai makan tu tak brp banyak. Sebagai muslim kene perati juga gerai makan halal ke tak. Lewat petang tu kami pekene nasi goreng telur mata lembu je sebgai lapik perut.....berselera makan sebab lapar. Walhal dah ada satu beg makanan jajan kepek kopok coklat air tin maggi yg aku tukang galasnye dari tanah besar ke sini...sbb ingatkan payah nak dapat kat sini. Malam kat sini sunyi betul....sbb kami pegi bukan masa peak season. Tapi mat n minah salleh ramai la meronda2 jalan kaki kat sekitar kawasan ni.

Mungkin diaorang stay kat chalet2 berhampiran. Malam tu kami bertiga tidor dengan nyenyak sekali dengan dibuai alunan ombak laut yang dah pasang....sebelum menyambung lagi aktiviti utama kami esok.
Nantikan episod seterusnye.....

1 comment:

misyaril said...

Wah...seronoknya...aril tak sampai lagi la ke tioman...memang sangat2 nak pegi tapi memandangkan asik bz je keje...rehat pun susah...

anggaran ke semua perbelanjaan tu agak²nye brape eh yong???

Saje mau tanye...mane tau leh merancang utk honeymoon...hehe