Waahh puasa blom habis lagi...tapi dah fikir pasal kuih raya. Jangan tak tau aku dah tempah kuih raya dekat 300 hengget...ieee ngeri laa...tapi bukan byk pun kuantiti yang aku order...cuma harga kuih semua mark up ! fuhh.....menggigil nak bayar nanti. Kenapa la tak reti nak buat kuih sendiri ke...tapi aku memang tak penah bikin seniri. Paling aku gemar buat kek...coz simple and tak leceh....sekali bancuh..nah boleh letak dlm oven.. kalau masak terhangit pun takpe...aku suka part yang kerak2 tu...hehehe....
Tahun ni aku order tart, semperit, kek lapis sarawak, kepek bawang, kepek kari, popia bilis...tu dah cecah hampir 300...macam tak caya je. Walau aku tak buat kuih seniri tiap2 tahun, aku tetap gemar buat kek...contoh kek kurma - feveret tuhh....baru2 ni aku blajar bake kek coklat sarawak....haa..tau tak..dia tak guna pun sebarang coklat or koko....tp memang special kek ni sbb dia guna gula hitam dari sarawak. Adik ipar aku yang turunkan ilmu tu...maklumlah husbandnya asal sana. Selain tu, unsalted butter, horlicks n susu pekat....perrgghhhhh rasanyaa manis2 payau....erkk.....tapi aku rasa memang sedapp... :) kat bawah ni aku bagi resepinya....sesapa yang berminat nak cuba....sila..sila...
KEK COKLAT SARAWAK
Bahan :-
1 ketul Butter unsalted
1 mangkuk Gula (diblend halus)
9-10 biji Telur
1 tin kecil Susu pekat
11/2 pkt kecil Horlicks
1 botol Gula hitam Sarawak (Browning Sugar)
11/2 mangkuk Tepung gandum (diayak dengan bikarbornat)
Note: hendaklah gunakan mangkuk yang sama untuk menyukat gula dan tepung.
Cara :-
Pukul butter dan gula halus hingga kembang. Masukkan telur 3 biji pada setiap pukulan. Tambah susu pekat dan pukul lagi. Masukkan horlicks dan kacau. Tambah gula hitam sambil pukul sehingga ianya habis. Kemudian tambah tepung dan pukul lagi.
Lapik alumunium foil pada ruang tapak loyang. Sapu lebihan butter pada keliling dalam loyang dan atas foil. Kemudian tuangkan bancuhan tadi ke dalam loyang. Tutup loyang dengan foil supaya air kukus tidak menitik ke atas kek. Letak loyang dalam kukus dan kukus selama 21/2 jam.
Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu pada suhu bilik dan bolehlah dimakan. Boleh juga balut kek dengan alumunium foil dan letakkan dalam peti sejuk. Keluarkan setelah sejuk dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba !! sekali makan pasti nak lagi.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
byk nyer borong kuoh raye kak hana oiii... ekeeke
Post a Comment